Wednesday, June 23, 2010

RUKUN ISLAM DALAM PEMBINAAN AKHLAK

Sesungguhnya kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan.
(surah al-fatir : 24)

Nabi Muhammad S.A.W telah diutuskan oleh Allah S.W.T sebagai pembawa kebenaran kepada seluruh umat dunia sehingga hari kiamat. Kebenaran ini adalah digelar dengan ISLAM. Nabi Muhammad S.A.W juga diutus sebagai pembentuk akhlak yang mulia lagi terpuji disisi Allah S.W.T. Setiap perwatakan. tutur kata, perilaku dan apa jua yang hadir dari Nabi Muhammad S.A.W adalah digelar dengan SUNNAH.

Rukun Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W bukan semata-mata sebagai teori yang wajib dipelajari di peringkat sekolah atau universiti. Rukun Islam ini merangkumi segala aspek kehidupan kita seharian. Rukun Islam juga membicarakan hubungan diantara manusia dengan Allah S.W.T dan hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Ketiga-tiga hubungan ini digelar dengan AKHLAK. Akhlak ini tidak boleh dipisahkan dari Rukun Islam, malahan ia wajib berlandaskan Rukun Islam.


Bahawasanya aku diutuskan Allah untuk menyempurnakan keluhuran akhlak (budi pekerti)
(Hadis Riwayat Ahmad)




2 comments:

  1. raudah yg nak dibina tu kt mana ustz?

    ReplyDelete
  2. AE : raudah tu nk buka kt PAHANG.. KG KONGGO BATU BALAI JERANTUT PAHANG

    FAKEH : terima kasih kerana memberi info tang wahabi..

    ReplyDelete